Rabu, 18 Februari 2009

PENDAHULUAN


Pfofil kawasan yang telah disediakan ini merangkumi semua aspek yang berkenaan dengan aktiviti penduduk setempat,sejarah kampung,sejarah penubuhan perpustakaan desa ini sendiri dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekeliling kawasan perpustakaan dan juga kawasan kampung.Sumber profil ini telah diperolehi dengan menemuramah penduduk awal Kampung,pengerusi kampung,dan menjalankan kajian berdasarkan pengalama saya sebagai penduduk kampung ini yang hampir 12 tahun bermastautin di sini,Juga sumber ini saya dapati dari internet,iaitu yang berkaitan dengan kedudukan Kampung dalam parlimen atau peta Kawasan.Saya juga berharap dengan adanya profil ini dapatlah menjelaskan serba sedikit tentang latar belakang atau sejarah perpustakaan dan kampung lahar tunjung.Segala maklumat dan isi yang terdapat dalam profil ini adalah tepat semasa tarikh profil ini siap dibukukan (25 Mei 2007).

SEJARAH KAMPUNG (PERUMAHAN KEDA LAHAR TUNJUNG)


Mengikut apa yang terdapat dalam peta kawasan,kawasan Kampung KEDA Lahar Tunjung ini adalah dibawah parlimen Sungai Tiang.Ia dibawah seliaan Y.B Puan Suraya yaakob iaitu Y.B Sungai Tiang.Pada awalnya sebelum pihak KEDA merancang perkampungan KEDA ini kawasan ini adalah kawasan kebun getah.Pada tahun 1994 bermula lah kerja-kerja pembinaan penempatan ini,penduduk yang dipilih adalah berdasarkan pada pendapatan mereka yang kurang berkemampuan memiliki rumah, juga diberi pada penduduk setempat sahaja.Mengikut perjanjian rumah yang dimiliki akan ditukar milik apabila proses pembayaran sudah disempurnakan mengikut harga dan syarat yang ditetapkan.Perkampungan ini telah siap dibina pada tahun 1995,pada peringkat awalnya perkampungan ini menempatkan sebanyak 50 buah rumah sahaja.Apabila mendapat sambutan dan bagi menampung serta menolong mereka yang tidak berkemampuan pihak KEDA menambah jumlah rumah sebanyak 54 buah lagi bagi fasa yang ke dua iaitu pada tahun1997.Mengikut kajian dan pemerhatian yang dilakukan purata pekerjaan penduduk disini adalah bekerja sendiri iaitu dengan menorah getah,bersawah,berniaga dan sebagainya.Ada juga yang bekerja dengan kerajaan tetapi peratusnya amatlah rendah jika dibandingkan dengan bekerja sendiri.Organisasi disini diketua oleh Pengerusi kampung dan AJK yang telah dilantik bagi menguruskan dan memajukan kawasan kampung.Berbagai projek yang telah dirancang oleh pihak KEDA bagi membantu penduduk disini seperti,projek kolam ikan dimana penduduk disini bergilir-gilir menjaga dan mengusaha ternakan ini.Selain itu projek yang dilaksanakan disini juga adalah projek membuat “sayur pucuk”,iaitu sejenis sayur yang dibuat dari kacang soya.Dan projek yang terbaru dan masih lagi dalam perancangan ialah projek bagi menjadikan kawasan penempatan ini salah satu kawasan “homestay’.Dengan terlaksananya projek “homestay”ini pada masa akan datang dapatlah pelancong dari luar atau dalam Negara mengenali dan merasai kehidupan dan tradisi orang kampung dengan lebih dekat lagi.

POPULASI DAN PECAHAN PENDUDUK KEDA LAHAR TUNJUNG


Jumlah Penduduk Lebih Kurang 485 Orang

1) Warga Emas = 5 Orang
2) Ibu Tunggal = 5 Orang
3) Orang Kurang Upaya = 2 Orang ( Seorang Kanak-Kanak)(Seorang Dewasa)
4) Anak yatim = 2 Orang.
5) Pelajar Sekolah Menengah = 76 Orang
6) Pelajar Sekolah Rendah = 68 Orang
7) Belajar Di Luar/universiti = 21 Orang

JUMLAH = 485 orang.

KAMPUNG- KAMPUNG YANG BERHAMPIRAN


KG. BANGGOL
KG. BELAT
KG. BENDANG BUKIT
KG. BENDANG RAJA
KG. BUKIT BERANGAN
KG. BUKIT CHENGAL
KG. BUKIT JALAN
KG. BUKIT LALANG
KG. BUKIT PAK POM
KG. BUKIT PATONG
KG. GA
KG. HUMA
KG. HUMA BESAR
KG. KAYU BANGUN
KG. KUBANG PISANG
KG. KUBUR PANJANG
KG. LAHAR TUNJUNG
KG. LAMPAM
KG. LUBOK BATU
KG. NANGKA MELAYU
KG. NANGKA SIAM
KG. PAYA NAIKONG
KG. PERUMAHAN KEDA LAHAR TUNJUNG
KG. PERUPOK
KG. BENDANG PETANI
KG. SENARA
KG. TOK DAM

KEMUDAHAN


Sekolah.
v. Sekolah Kebangsaan Paya Rawa.
v. Sekolah Kebangsaan Pokok Asam.
v. Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang.
v. Sekolah Menengah Kebangsaan Kubur Panjang.
v. tabika kemas lahar tunjung

Kemudahan asas/awam.
v Klinik Kesihatan Kubur Panjang.
v Balai Polis Kubur Panjang.
v Balai Bomba Sukarela Kubur Panjang.
v Klinik Haiwan Kubur Panjang.
v dewan Serbaguna Kubur Panjang.
v Stesen Bas Kubur Panjang.
v Masjid Kubur Panjang.
v Masjid Senara.
v Masjid Belat.
 

Pengikut

My Blog List

Term of Use

ppik keda lahar tunjung Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino