Selasa, 28 April 2009





BENGKEL KOMPUTER DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI TIANG..

Bengkel ini diadakan pada 19 hingga 23 april 2009. Ia diadakan didalam makmal ict sekolah ini. Pelajar-pelajar yang terlibat iaitu pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Setiap kelas diberi masa 1 jam..



Seramai 1o penyelia PPIK dari kedah terlibat, PPIK yang terlibat iaitu PPIK Felda Sungai Tiang, PPIK Keda Lahar Tunjung, PPIK Pekan Pendang, PPIK Paya Kerchut, PPIK Hujung Bandar SIK, PPIK Kepala Bukit, PPIK Teloi Kanan, PPIK Gajah Putih, PPIK kg Padang Baling, PPIK Beris Jaya.


Isnin, 13 April 2009


video

Selasa, 7 April 2009










KUIH CAKAR AYAM AZIZAH AHMAD
Penduduk Kampung KEDA Lahar Tunjung turut aktif dalam aktiviti keusahawanan. Antara perusahaan yang dijalankan di sini ialah perusahaan membuat kuih cakar ayam yang dijalankan oleh Azizah Ahmad dan keluarga. Kuih cakar ayam merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu yang berasaskan dari ubi kayu dan gula. Ubi kayu yang telah di parut menggunakan mesin akan digoreng sehingga kekuningan dan digaul bersama gula yang telah dimasak sehingga sebati. Apabila sebati ubi kayu tersebut akan dimasukkan ke dalam acuan sebelum dikeraskan dan dibungkuskan. Hasil bantuan suami dan anak tercinta, beliau mampu menghasilkan kira-kira 500 paket kuih cakar ayam sehari.
Menurut Azizah Ahmad, kuih cakar ayam keluaran beliau telahpun menembusi pasaran sehingga ke Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Perusahaan yang telah dijalankan sejak 15 tahun yang lalu ini mendapat bantuan dari Jabatan Pertanian yang membina sebuah bangunan khas untuk beroperasi. Menurut beliau lagi, beliau menanggung kos perbelanjaan kira-kira RM7,000 sebulan bagi menghasilkan produk keluarannya. Pun begitu, keuntungan yang diperoleh olehnya amat memberangsangkan, sehingga ada kalanya beliau mampu meraih keuntungan mencecah RM 5,000 sebulan. Para pelanggan boleh mendapatkan kuih cakar ayam milik beliau serendah RM1 sepeket.

BERSAMA RAKAN- RAKAN SEPERJUANGAN








BENGKEL BERSAMA JKKK






































BENGKEL BERSAMA ANAK- ANAK PENDUDUK PERUMAHAM KEDA LAHAR TUNJUNG.

















BENGKEL BERSAMA ANAK ANGKAT DI DEWAN KG. PAYA KERCHUT






















 

Pengikut

My Blog List

Term of Use

ppik keda lahar tunjung Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino