Rabu, 18 Februari 2009
SEJARAH KAMPUNG (PERUMAHAN KEDA LAHAR TUNJUNG)
Mengikut apa yang terdapat dalam peta kawasan,kawasan Kampung KEDA Lahar Tunjung ini adalah dibawah parlimen Sungai Tiang.Ia dibawah seliaan Y.B Puan Suraya yaakob iaitu Y.B Sungai Tiang.Pada awalnya sebelum pihak KEDA merancang perkampungan KEDA ini kawasan ini adalah kawasan kebun getah.Pada tahun 1994 bermula lah kerja-kerja pembinaan penempatan ini,penduduk yang dipilih adalah berdasarkan pada pendapatan mereka yang kurang berkemampuan memiliki rumah, juga diberi pada penduduk setempat sahaja.Mengikut perjanjian rumah yang dimiliki akan ditukar milik apabila proses pembayaran sudah disempurnakan mengikut harga dan syarat yang ditetapkan.Perkampungan ini telah siap dibina pada tahun 1995,pada peringkat awalnya perkampungan ini menempatkan sebanyak 50 buah rumah sahaja.Apabila mendapat sambutan dan bagi menampung serta menolong mereka yang tidak berkemampuan pihak KEDA menambah jumlah rumah sebanyak 54 buah lagi bagi fasa yang ke dua iaitu pada tahun1997.Mengikut kajian dan pemerhatian yang dilakukan purata pekerjaan penduduk disini adalah bekerja sendiri iaitu dengan menorah getah,bersawah,berniaga dan sebagainya.Ada juga yang bekerja dengan kerajaan tetapi peratusnya amatlah rendah jika dibandingkan dengan bekerja sendiri.Organisasi disini diketua oleh Pengerusi kampung dan AJK yang telah dilantik bagi menguruskan dan memajukan kawasan kampung.Berbagai projek yang telah dirancang oleh pihak KEDA bagi membantu penduduk disini seperti,projek kolam ikan dimana penduduk disini bergilir-gilir menjaga dan mengusaha ternakan ini.Selain itu projek yang dilaksanakan disini juga adalah projek membuat “sayur pucuk”,iaitu sejenis sayur yang dibuat dari kacang soya.Dan projek yang terbaru dan masih lagi dalam perancangan ialah projek bagi menjadikan kawasan penempatan ini salah satu kawasan “homestay’.Dengan terlaksananya projek “homestay”ini pada masa akan datang dapatlah pelancong dari luar atau dalam Negara mengenali dan merasai kehidupan dan tradisi orang kampung dengan lebih dekat lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan