Selasa, 7 April 2009










KUIH CAKAR AYAM AZIZAH AHMAD
Penduduk Kampung KEDA Lahar Tunjung turut aktif dalam aktiviti keusahawanan. Antara perusahaan yang dijalankan di sini ialah perusahaan membuat kuih cakar ayam yang dijalankan oleh Azizah Ahmad dan keluarga. Kuih cakar ayam merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu yang berasaskan dari ubi kayu dan gula. Ubi kayu yang telah di parut menggunakan mesin akan digoreng sehingga kekuningan dan digaul bersama gula yang telah dimasak sehingga sebati. Apabila sebati ubi kayu tersebut akan dimasukkan ke dalam acuan sebelum dikeraskan dan dibungkuskan. Hasil bantuan suami dan anak tercinta, beliau mampu menghasilkan kira-kira 500 paket kuih cakar ayam sehari.
Menurut Azizah Ahmad, kuih cakar ayam keluaran beliau telahpun menembusi pasaran sehingga ke Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Perusahaan yang telah dijalankan sejak 15 tahun yang lalu ini mendapat bantuan dari Jabatan Pertanian yang membina sebuah bangunan khas untuk beroperasi. Menurut beliau lagi, beliau menanggung kos perbelanjaan kira-kira RM7,000 sebulan bagi menghasilkan produk keluarannya. Pun begitu, keuntungan yang diperoleh olehnya amat memberangsangkan, sehingga ada kalanya beliau mampu meraih keuntungan mencecah RM 5,000 sebulan. Para pelanggan boleh mendapatkan kuih cakar ayam milik beliau serendah RM1 sepeket.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Pengikut

My Blog List

Term of Use

ppik keda lahar tunjung Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino